Tuesday, September 13, 2016

TIDAK TENTERAM APABILA SISI GELAP TELAH TERBONGKAR



Saya sangat kecewa dengan Dato Husni Hanadzlah yang tiba2 saja memberikan alasan terbaru menambah atas senarai alasan yang pernah beliau umumkan kepada media sebelum ini sebaik sahaja berundur dari semua jawatan kecuali Ahli Parlimen.

Jelas alasan kali ini yang menyatakan beliau menghadapi masalah kesihatan kerana tertekan dengan isu 1MDB hanya mempersoalkan kemampuan beliau dalam menggalas tugas sebagai Menteri Kewangan 2.

Adakah beliau tidak malu jika diri beliau dibandingkan dengan Arul Kanda yang juga sama seperti beliau, tidak terlibat dari awal penubuhan 1MDB tetapi tidak pernah sekalipun menampakkan kelemahan diri dalam mengepalai syarikat pelaburan negara itu?

Apakah tujuan beliau sekali lagi mendapatkan perhatian media pembangkang atas isu perletakan jawatannya dan adakah lagi alasan lain yang mahu beliau nyatakan pada masa akan datang? Kelihatan beliau seperti cuba mendapatkan perhatian Perdana Menteri dan meminta rakyat bersedia jika ada lagi alasan yang disembunyikannya.

Selaku bekas Menteri Kewangan 2 sudah pasti beliau menyimpan seribu satu maklumat sulit kewangan negara dan ia sangat bernilai bagi ramai musuh Perdana Menteri didalam dan luar negara.

Namun yang menarik alasan beliau tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain menggambarkan beliau sebenarnya mempunyai masalah yang sama seperti beberapa individu yang ditukarkan jabatan lain kerana Perdana Menteri telah dapat menghidu hilangnya keberkesanan mereka dalam melaksanakan tugas.

Perletakkan jawatan beliau sebelum ini memberi isyarat bahawa beliau sendiri tidak lagi tenteram berada dibawah Najib Razak dan hanya mampu mengekalkan jawatan Ahli Parlimen kerana merasakan segala sisi gelap beliau sebelum ini telah terbongkar.

No comments:

Post a Comment