Wednesday, July 27, 2016

KAKITANGAN AWAM DAN PENGKHIANATAN TERHADAP NEGARA BERPISAH TIADA



Di mana silapnya KAKITANGAN AWAM negara ini dari yang bekerja dibawah teriknya sinaran matahari hinggalah yang setiap hari berlaga bahu dengan Perdana Menteri. Besar atau kecil amanah yang dipertanggungjawabkan bukan halangan untuk mereka berpaling tadah mengkhianati rakyat negara mereka sendiri.

Saban hari mereka bertanya, apakah lagi peluang yang boleh diperolehi untuk diri mereka sendiri? Cemburu dengan kejayaan rakan2 mereka yang telah bersara mampu mencipta peluang kekayaan yang tidak luak dimakan untuk tujuh keturunan.

Mereka berbangga untuk menceritakan kepada sanak saudara dan rakan2 bahawa mereka bukan kakitangan awam biasa2. Mereka boleh menentukan nasib untung rugi jatuh bangun seorang Perdana Menteri.

Gandingan 3 orang pegawai tertinggi instrument yang sepatutnya berfungsi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan institusi pemerintahan berasaskan demokrasi berpelembagaan ini dalam komplot untuk menggulingkan Perdana Menteri benar2 mengejutkan ramai pihak.

Pemecatan mereka bertiga dijadikan modal untuk menuduh Perdana Menteri cuba melepaskan diri dari dikenakan sebarang tindakan undang2 atas skandal yang menghantui beliau.   Padahal kisah komplot mereka bertiga telah dihidu lebih awal lagi. Mereka tahu Perdana Menteri menerima dana pilihanraya namun tidak menasihatkan apa2 malah menyasarkan segala tindakan dengan kuasa yang mereka ada untuk memerangkap Perdana Menteri.

Kini mereka bergelut apabila penyudah yang diharapkan setelah sekian lama mengatur strategi gagal untuk mencapai impak, diri mereka pula terdedah dengan risiko jenayah pengkhianatan terhadap negara.

Kenyataan pertuduhan berat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang dibuat tanpa mendapatkan mengesahan terlebih dahulu memerangkap Abu Kassim untuk berterus terang bagi menyelamatkan kepala sendiri.

Saya sebagai rakyat negara Malaysia yang berdaulat ini tidak rela nasib negara dan pemimpin yang kami pilih ditentukan oleh negara asing. Sebarang kerjasama dengan pihak asing untuk menggugat sistem demokrasi  berperlembagaan negara ini haruslah di tentang habis-habisan dan diberikan pengajaran selayaknya.

No comments:

Post a Comment