Wednesday, June 3, 2015

JATUHKAN PEMIMPIN HANYA KERANA DUIT



Usahlah mengaku kamu kononnya pejuang Agama, Bangsa dan Negara.. Apabila datang tiupan kisah duit kamu mula goyah.

Siang malam kisahkan perihal duit.. Sampai duit hutang syarikat orang yang tiada kena mengenapun sibuk nak dikorek..

Puas mengfitnah, mengkhianati pemimpin. Perjuangan agama dan bangsa diletakkan di punggungnya hanya kerana duit.

Dulu berhempas pulas kuatkan ummah. Apabila hampir menang dah mula periksa kantung pemimpin kalau kalau ada sembunyikan duit.

Percaya atau tidak mereka ini mengaku sembah Allah mengaku taatkan Rasul... Tetapi apabila sentuh soal duit.. Allah entah ke mana. Rasul entah ke mana.

Letaklah dalil Al Quran mahupun Hadis sohih, datang kisah bual mulut bab duit walaupun bukan hak dia maka si munafikpun sanggup diteman hingga ke liang lahad.

Apa beza kau dengan sikafir isi neraka jika siang malam masa hidupmu saling bermusuh dan bertikam lidah kerana duit.

Aku tak rela masa hidupku habis bertekak dengan kamu hanya kerana duit. Aku tidak mahu harga diri dan martabat ku sebagai Hamba Allah dihina kerana sibuk berdebat dengan si penyembah duit.

Agaknya telah ditakdirkan hidup mati kamu akhirnya memang kerana duit... Bawalah duit itu walaupun hanya sekadar untuk disebut-sebut bibirmu dihadapan neraca mizan Allah bersama fitnah dan khianat kerananya. Manalah tahu duit-duit yang kamu zikirkan siang dan malam itu mampu memberi sedikit kebaikan kerana bukan sedikit mereka yang berbuat begitu..

Bertuhankan duit hingga segala apa yang di lakukan kerana duit, bagaimanakah sanggup pula mengharapkan pembelaan Allah?

Segenap inci jiwa raganya telah dipenuhi dengan duit. Jikalau boleh liang lahadnyapun mahu dipenuhkan dengan duit..

Usahlah mengaku Allah yang kamu sembah jika setiap perkataan harian yang keluar dari mulutmu tidak pernah berpisah dengan duit..

No comments:

Post a Comment