Tuesday, March 10, 2015

AKUILAH KESILAPAN WAHAI DR MAZA




DUKE membawa isu pengikut yang sangat taksub dengan seseorang tokoh atau fahaman tertentu yang menjadi punca pertelingkahan dari perbezaan pendapat dan ia disokong moderator Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki​ yang kemudiannya meminta DR MAZA mengulas tentang itu....

NAMUN DR MAZA memilih untuk tidak mengulas tentang itu.. Beliau terus memulakan hujah dengan perkara yang saya percaya menjadi alasan beliau menghalang DUKE menjadi panel ceramah di Negeri Perlis baru-baru ini iaitu kepentingan menjaga keaslian agama.

DUKE kemudiannya menyelar golongan yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak bermusyawarah dalam menangani perbezaan pendapat.. Malah mencurahkan minyak ke dalam api dengan berlebih-lebihan membenci hingga perkara yang patut boleh diselesaikan menjadi terlalu besar dan rumit...

Saya agak kecewa dengan DR MAZA yang tidak menggunakan pentas ni sebaiknya dengan mengakui kesilapan serta keterlanjurannya... Ini bukan satu contoh yang baik dari orang sepertinya.. Bak kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki sambil memandang DR MAZA.. Orang kebanyakan mengharapkan ahklak yang tinggi dari agamawan tetapi perlu juga menyedari mereka juga manusia biasa... Bukan Malaikat

BELAJARLAH DARI KESILAPAN..Akuilah kesilapan... Janganlah ego sangat.. Baliklah kepada adab dan ahklak nabi menjadi sunah yang paling besar. Memang mudah melontarkan ilmu yang cukup indah dan hebat bunyinya...Namun untuk mengamalkannya... Ia sesuatu perkara yang cukup berbeza...

No comments:

Post a Comment