Monday, April 14, 2014

Bukan kali pertama report POLIS: Pak Said AKA Mail Janggut seronok kenekan musuh politik!



Ini adalah rumah milik Imam Moen, imam ke 2 masjid Ittihad perjiranan 9 yang kelihatan seperti sentiasa dalam mood berkempen untuk BN. Malah digaraj keretanya berdekatan jalan besar pun dihiasnya dengan cara yang sama. Beliau tidak pernah segan silu menzahirkan sokongannya terhadap kerajaan walaupun mungkin kebanyakan individu yang dikenali ramai sepertinya tidak mampu berbuat demikian kerana mahu menjaga hati mereka yang mungkin tidak sealiran pendirian politiknya. Namun hal inilah sebenarnya menjadi punca permusuhan dikalangan orang Islam di seluruh negara dan akhirnya berlakulah perkara yang sangat memalukan seperti apa yang dilakukan oleh Pak Said Jaid AKA Mail Janggut ini.

Apa yang menggemparkan negara ialah sebelum ini Ahli Parlimen bukan Islam seperti Theresa Kok yang pernah melakukan perkara yang sama hingga beliau dikenakan ISA oleh Pak Lah. Tidak mengira parti mengutuk perbuatan Mail Janggut ini walaupun ada juga segelintir yang cuba membelanya. Bagi saya sebagai anak kejiranan dibesarkan di lorong sempit ini sangat teruja kerana kali pertama menjadi sumber laporan kerana sebelum ini hanya sekadar mengulas laporan orang lain. Apa yang saya laporkan adalah sumber maklumat first hand menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku. 

BUKAN KALI PERTAMA BUAT LAPORAN POLIS

Di bongkar pula kisah sebelum berlakunya tindakan Mail Janggut membuat laporan polis berkaitan gangguan azan ini, beliau sebenarnya pernah menggunakan cara yang sama terhadap jiran selang beberapa rumah dari rumah sewanya. Jiran yang dimaksudkan ialah En Zainal yang juga merupakan ketua UMNO di kejiranan itu. Mail Janggut sengaja ingin memberi masalah kepada jirannya itu dengan membuat aduan polis kononnya aktiviti karaoke keluarga Zainal menggangu ketenteramannya. Namun bezanya kali ini aduan polis terhadap Zainal boleh diterima berbanding aduannya berkaitan ganguan azan yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam seluruh negara. 

Laporan kepada Jabatan Agama Johor oleh orang ramai telahpun dilakukan dan JAJ berjanji akan melakukan siasatan. JAJ tidak perlu risau tentang akidah Mail Janggut ini.. Masalah yang dihadapinya (penyakit dengki dan dendam politik) boleh berlaku di mana-mana tidak terkecuali dikalangan kakitangan JAJ sendiri. Jangan membuang masa untuk membaik pulih telinga iblisnya, lebih baik JAJ atau JAKIM juga memikirkan cara  bagaimana hati iblis yang penuh dengan hasad dengki bermotif politik tanpa batasan yang sekian lama disemai politikus iblis dikalangan orang Islam di Malaysia ini dapat dipulihkan. Laksanakan apa sahaja termasuk HUDUD dinegara ini agar umat Islam dapat kembali bersatu dan menumpukan usaha menyemai nilai-nilai murni berkasih sayang sesama kita yang seakidah dan sekalimah.











No comments:

Post a Comment