Wednesday, January 15, 2014

Najib Berlembut kerana TERJERAT dengan Strategi Politik Simpati Ezam



"Banyak saya terdengar orang kata.. "Ni apa ni Najib lembik! Lembut sangat!..Kenapa tak masukkan Anwar dalam jel?.. Apa tak tahu ka Anwar buat apa?.. Apasal tak bantai saja Anwar?"  

"You kena faham ni.... DATO NAJIB FAHAM INI GAME ANWAR...Anwar punya game ialah TO GAIN SYMPATHY..He has nothing else to offer"

"Lebam bijik mata..Lepas itu masuk penjara..Wan Azizah pulak keluar sedih.. Dalam penjara Anwar sakit belakang...Masa tu sayalah tukang kompang.. Saya Ketua Pemuda.. MASA TU SAYA PUN TAK TAHU. SAYA INGAT DIA BETUL-BETUL SAKIT BELAKANG"

Inilah sebahagian dari isi pada awal minit ceramah Ezam yang di upload ke youtube pada 26 Julai 2012 seperti link berikut:-



Melalui apa yang dikatakan Ezam ini maka jelaslah bahawa strategi kepimpinan Dato Seri Najib yang selama ini kelihatan sebagai "kerajaan tanpa telur" adalah mungkin berasal dan berkiblat dari idea manusia ini.

Najib kelihatan terlalu tertarik untuk mempergunakan bekas pemimpin kanan PKR seperti Zulkifli Nordin (Calon BN Shah Alam), Zahrain Hasyim (Duta di Indonesia) dan Ezam Mohd Nor (Senator) yang diberikan layanan istimewa kononnya mempunyai resepi paling berbisa untuk melawan musuh politiknya Dato Seri Anwar Ibrahim.    

Apakah malapetaka yang dibawa bersama dari idea politik simpati ini?

ISA DAN EO MUSUH EZAM

Bermula dengan penghapusan ISA dan EO. Kedua-dua akta ini adalah musuh kepada Ezam kerana melalui akta inilah beliau telah disumbatkan ke dalam penjara selama bertahun-tahun. Idea penghapusan ISA dan EO langsung tidak membantu kerajaan untuk meraih lebih banyak sokongan dari pembangkang. Malah ia satu kejayaan yang besar kerana membolehkan pembangkang untuk mengatur dan melancarkan serangan tanpa perlu risau sebarang tindak balas dari kerajaan. 

Selama ini ISA menjadi sasaran serangan adalah kerana ia menjadi instrument yang sangat berkesan dalam mendisplinkan pembangkang dari memainkan isu sensitif di negara ini. Penghapusan ISA dan EO ini menjadi elemen terpenting dalam politik simpati ini kerana Najib menyangka apabila kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa maka rakyat akan bersimpati kepada kerajaan. Najib juga menyangka sokongan dari golongan atas pagar akan jatuh kepada kerajaan apabila hari demi hari pembangkang semakin mendedahkan wajah sebenar mereka dengan provokasi isu sensitif yang membakar kemarahan rakyat. 

Namun tidak semudah yang disangka. Kerajaan akhirnya kini dipersalahkan kerana gagal bertindak ke atas pembangkang yang semakin liar menghasut rakyat. Malah sebahagian orang melayu sendiri yang terlalu taksub dengan politik sanggup tidak kisah dengan isu sensitif yang merugikan bangsa dan mengancam pegangan agama mereka. 

Najib tersilap langkah kerana terlupa bahawa strategi politik simpati itu hanya sesuai untuk golongan yang tertewas seperti Anwar. He has nothing to offer. Najib adalah ketua kerajaan yang berkuasa. Mana mungkin simpati rakyat akan jatuh kepada kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memelihara kesejahteraan negara ini dan mendisplinkan setiap rakyatnya. Itu bukan perkara yang perlu diperdebatkan atau diminta simpati. 

Apa alasan Najib untuk meredakan kemarahan penyokong kerajaan? Oh kerajaan BN tak sekuat kerajaan Tun Mahathir kerana belum dapat majoriti 2/3.. Oh ada ancaman dari kuasa besar jika BN gagal mematuhi prinsip hak kebebasan bersuara... Ini semua alasan yang tidak patut dikeluarkan oleh mana-mana negara yang berdaulat.

Ingatlah dalam strategi peperangan, pihak yang menyerang selalunya akan menang. Kerajaan perlu bertindak membentuk dan mengawal pemikiran rakyat agar tidak terus bebas dirosakkan oleh pembangkang. Tutup semua akaun page Facebook pembangkang yang setiap minit menyuapkan ratusan ribuan rakyat melalui gajet yang senantiasa bersama mereka dengan hasutan dan kebencian terhadap kerajaan. Lumpuhkan semua akhbar pembangkang dan jaringan media mereka. Hanya beri ruang kepada mereka cukup di dalam dewan parlimen. Haram dan bubarkan parti pembangkang yang giat memainkan isu sensitif yang tidak selari dengan kedudukan agama dan bangsa melayu dalam perlembagaan negara. Tahan mereka yang galak menghasut rakyat untuk menentang kerajaan.

Kerana kita harus akur untuk mengubah manusia itu tidak cukup hanya dengan kata-kata.

  




No comments:

Post a Comment