Tuesday, January 14, 2014

BAPA SAYA SEORANG KRONI



Dari Saiful Bahari Baharom: 

Arwah ayah saya adalah seorang ahli perniagaan. Syukur alhamdulillah, arwah berjaya di waktu peringkat umur yang agak muda, di awal lingkungan 30an. DI dalam tahun-tahun 70an, arwah ada sedikit menolong Tun Mahathir sewaktu Tun Mahathir di singkirkan dari UMNO.

Terdapat cerita di dalam keluarga kami, dan sekali sekali di ceritakan kembali oleh sahabat-sahbat arwah kepada anak-anak arwah ini, tentang bagaimana arwah berkejar menolong Tun Mahathir di suatu stesen keretapi di Perak, di mana Tun Mahathir akan singgah di dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur di atas urusan mengejut. Saya menyesal tidak bertanya kepada arwah kenapa cerita itu famous sangat - famous di kalangan kawan-kawan arwah di maksudkan.Arwah dan seorang ahli kerabat diraja Negri Sembilan juga menjual saham-saham mereka di dalam "Merpati Air", sebuah syarikat penerbangan Indonesia untuk menolong Tun Mahathir di waktu itu.Di dalam dekad 80an, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Dalam beberapa bulan beliau memegang jawatan tersebut, Tun Mahathir memanggil arwah berjumpa dengannya. Tun Mahathir tolong ayah saya. Adalah beberapa projek dan ayah saya berjaya. Setelah peninggalan ayah saya, saya menulis sepucuk surat kepada Tun Mahathir, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan saya dan keluarga saya di atas segala pertolongan yang di hulurkan oleh Tun Mahathir kepada keluarga kami. Sesungguhnya, kehidupan saya sudah tentunya amat berbeza dari yang saya alami sekarang tanpa pertolongan Tun Mahathir - sepertimana kehidupan tidak terkira berapa orang yang lain juga.

Sememangnya ayah saya seorang kroni tetapi arwah kroni mini. Ada lagi kroni yang medium dan kroni maxi. Sebenarnya, apakah kronisme ala Mahathir ini?Kroni ala Mahahtir ini berteraskan semangat nasionalisme yang tersangat kuat. Setiap projek yang terlibat semestinya mempunyai unsur-unsur yang membawa nilai jelas kepada negara, baik dari segi ekonomi mahupun prestij. Ianya juga seharusnya membawa pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan peralihan ilmu dan kemahiran juga. Unsur-unsur ini tidak lari dari setiap projek di bawah Dr. Mahathir.Kronisme ala Dr. Mahathir juga menekankan pembangunan bangsa Melayu. Jika saudara-saudari membaca buku-bukunya, maka fahamlah mengapa unsur pembangunan Melayu sangat tebal di dalam jiwa Dr. Mahathir. Sungguhpun begitu, Dr. Mahathir juga membuat beberapa ahli kaum-kaum bukan-bumiputra kaya raya juga.(Salah satu kesan sampingan negatif dari dasar penekanan bumiputra ini adalah terdapatnya persepsi di kalangan perkhidmatan awam dan pemerintah bahawasanya tiada orang bangsa Cina mahupun India yang miskin).Secara amnya, Dr. Mahathir tidak memberikan projek-projek dengan sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja. Dr. Mahathir tersangat marah akan sesiapa mengecewakannya. Sebenarnya, memang ada. Apakan daya? Dunia ini sememangnya tidak sempurna.Dr. Mahathir memang mengikuti perkembangan kroni-kroninya. Apa yang di buat oleh kroni tersebut dengan kekayaan yang di perolehinya? Adakah di gunakan untuk menolong orang-orang lain? Adalah kroni tersebut membuat sesuatu berjasa untuk negara ataupun si kroni itu enjoy kekayaannya dengan hidup mewah, joli katak di katakan? Pada suatu masa terkenal di kalangan ahli-ahli perniagaan di Kuala Lumpur - Tiga kali gagal, bye-bye. Dr. Mahathir di katakan hanya memberi tiga peluang kepada setiap orang. Habis tiga kali, memang orang itu tidak akan mendapat apa-apa lagi.

Ada tiga jalan untuk menjadi kroni:-i. Perdana Menteri akan memanggil seseorang itu dan di berikan suatu projek. Ini mungkin orang tersebut di fikirkan Perdana Menteri mempunyai kelebihan dan bakat untuk menjayakan projek tersebut.ii Terdapat suatu tender dan anda memasuki tender tersebut. Anda pergi berjumpa Perdana Menteri dan yakinkan beliau bahawa cadangan anda melebihi yang lain, umpamanya sebahagian dari pembuatan peralatan yang hendak di beli akan di jalankan di dalam negara. Ini mencipta peluang perkerjaan, peralihan kemahiran dan pengetahuan dan juga menjimat pertukaran matawang asing.iii. Anda mempunyai idea best giler. Anda pergi berjumpa Dr. Mahathir untuk menyakinkannya akan sokongan Kerajaan untuk idea best giler anda. Percayalah, Dr. Mahathir bukanlah seorang yang senang di yakini mahupun teruja.Di antara tiga-tiga jalan tadi, jalan No. 1 adalah yang paling tinggi kosnya.Perdana Menteri ke luar negara dan mendapat idea best giler. Anda di panggil untuk menjalankan projek tersebut. Anda mungkin (a) terangkat punggung di berikan tanggungjawab tersebut ataupun (b) terlalu takut untuk menolak "permintaan" tersebut. Cara mana pun, ada kosnya. Tersebutlah kisah seorang jutawan (yang sudah menjadi kaya-raya mengendalikan beberapa projek tersudah) di minta oleh Dr. Mahathir untuk menjalankan suatu projek - dah Perdana Menteri suruh, siapa berani kata, "No"? Tiga tahun kemudian, jutawan itu pun berjumpa dengan Dr. Mahathir, mengadu bahawa dianya telah rugi RM500 juta dek kerana projek tersebut.Jika Dr. Mahathir fikirkan kerugian RM500 juta itu ada sebab yang munasabah dan tidak dapat di elakkan, Dr. Mahathir akan memberikan jutawan itu suatu projek yang lain untuk menampung kerugian RM500 juta. Ada kemungkinan juga "projek pampasan" ini tidak pun mencukupi 100% untuk mengantikan kerugian RM500 juta itu. Sebaliknya, jikalau di fikirkan Dr. Mahathir bahawa kerugian itu tidak menusabah atau atas kelalaian atau kesalahan pihak jutawan tersebut, Dr. Mahathir tidak akan mengambil peduli. Jumpalah kat mana pun, Kuala Lumpur, London, Paris, Caracas atau Buenos Aires, beliau akan buat dekkk jer. Jutawan tersebut kenalah melupuskan kerugian RM500 juta itu sebagai perbelanjaan "perkhidmatan negara".Di tahun-tahun terakhir Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, terdapat ahli-ahli perniagaan yang kecut menerima panggilan dari Pejabat Perdana Menteri - kos perkhidmatan negara bukanlah rendah. Sungguhpun begitu, terdapat juga ahli-ahli perniagaan muda yang sedia terpacak untuk mengambil-alih tempat ahli-ahli perniagaan sebelumnya - mereka tak sedar bahawa terdapatnya unsur "perkhidmatan negara" yang tinggi yang perlu di bayar!

Secara peribadi, Dr. Mahathir bukanlah seorang yang hidupnya mewah. Jika beliau memiliki kemewahan yang melimpah-ruah, saya tidaklah tahu bila beliau hendak menikmati kehidupan sebegitu. Umur beliau sekarang sudah menghampiri 90 tahun, alhamdulillah. Anak-anaknya pula mencari rezeki tersendiri tetapi cerita perihal perhubungan Dr. Mahathir dengan anak-anaknya berbaloi untuk di buat posting yang lain.

No comments:

Post a Comment