Friday, June 29, 2012

Mesut Ozil



"He is a practicing Muslim. He recites the Quran before his matches. Talking to the Berlin-based daily Der Tagesspiegel, Özil said, "I always do that before I go out (on the pitch). I pray and my teammates know that they cannot talk to me during this brief period."[55][56]"

Tidak mahu memperkatakan tentang gambar beliau bersama wanita cantik mahupun pose seksi beliau di internet. Apa yang ingin diambil pelajaran disini ialah berapa ramaikah diantara kita yang mampu melakukan apa yang beliau lakukan? Mungkinkah ada  hatta seorang pemain bolasepak di Malaysia mengamalkan apa yang Ozil lakukan. Ozil yang semakin melonjakkan namanya di arena bolasepak dunia, dikelilingi pemain ternama, hidup mewah dan penuh glamer  dinegara barat yang serba maju..Jika adalah dikalangan kita memiliki apa yang Ozil ada, adakah kita boleh jamin untuk tidak sekali-kali akan tinggal solat 5 waktu dan membaca Al-Quran walau dalam keadaan sibuk mana sekalipun? Hakikatnya kita semua sudah seperti dapat menjangka bahawa kita akan lalai dan hanyut dengan kehidupan yang sangat hebat dan penuh dengan perkara yang pasti meletakan perkara-perkara berkaitan dengan akhirat jauh di belakang.